Catatan Popular

Isnin, 5 Disember 2011

saya sayangg ( MAK ) !

KALAU SAYANG IBU , baca lahh ! tak lama mana punn , 5 minit jea :)
orang kata aku lahir dari perut mak . ( bukan org kata , memang betul punn )

bila dahaga , yg susukan aku . mak !
bila lapar , yg suapkan aku , mak !
bila keseorangan , yg sentiasa di sampingku , mak !
kata mak , perkataan pertama yang aku sebut masa kecik , mak !
bila bangun tidur , yg aku cari , mak !
bila nangis , orang pertama yang datang , mak !
bila nak bermanja , yg aku dekati , mak !
bila nak bergesel , yg aku duduk sebelah , mak !
bila sedih , yang boleh memujukku hanya , mak !
bila nakal , yang memarahi aku , mak !
bila merajuk , yang memujukku cuma , mak !
bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , mak !
bila takut , yang tenangkan aku , mak !
bila nak peluk , yang aku suka peluk , mak !
yg aku selalu teringatkan juga , mak !
bila aku sedih , aku mesti telefon , mak !
bila seronok , orang pertama yg aku akan beritahu , mak !
bila bengang , aku suka luahkan pada , mak !
bila takut , aku selalu panggil , " Maaaaaaaaaaakkkk ! "
bila sakit , orang paling risau mesti lahh , mak !
bila nak exam , orang yg paling sibuk juga mesti , mak !
bila buat hal , yang marah aku dulu , mak !
bila ada masalah , yang paling risau , mak !
yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni juga , mak !
yang selalu masak makanan kegemaran aku , mak !
kalau balik kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk utk aku , mak !
yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku juga , mak !
yang selalu berleter kat aku , mak !
yang selalu puji aku , mak !
yang selalu nasihat aku , mak !

bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk , mak !

and aku ada pasangan hidup sendiri :)

bila seronok , aku cari , pasangan aku .
bila sedih , aku cari , mak !
bila berjaya , aku ceritakan pada , pasangan aku .
bila gagal , aku ceritakan pada , mak !
bila bahagia , aku peluk erat , pasangan aku .
bila berduka , aku peluk erat , emak aku !
bila nak bercuti , aku bawa , pasangan aku .
bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , mak !
bila sambut valentine , aku bagi hadiah pada pasangan aku .
bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ SELAMAT HARi iBU ” !
selalu , aku ingat pasangan aku .
selalu juga , mak ingat semua tntg aku !
bila-2 , aku akan telefon , pasangan aku .
entah bila , aku nak telefon , mak aku !
selalu , aku belikan hadiah untuk pasangan aku .
entah bila , aku nak belikan hadiah untuk mak aku !

renungkan :

" kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak

" mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

berderai air mata jika kita mendengarnya .

tapi kalau mak sudah tiada ?

" MAKKKKK ! SAYA RINDU MAK !!! RINDU SANGAT :( "

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ?
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ?
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ?
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya ?
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ?
dan akhir sekali , berapa ramai yang sembahyang kan JENAZAH ibunya ???

seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . kos upah membantu ibu :

1) TOLONG pergi kedai : RM4.00

2) TOLONG jaga adik : RM4.00

3) TOLONG buang sampah : RM1.00

4) TOLONG kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOLONG sapu sampah : RM3.00

jumlah : RM17.00

selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOS mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOS berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOS air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOS kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOS menyediakan makan minum , pakaian , dan keperluanmu juga - PERCUMA

jumlah keseluruhan nilai kasih sayangg ku semua - PERCUMA

airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu . si anak menatap wajah ibu , memeluknya dan berkata ,

"SAYA SAYANG KAN iBU " ! kemudian si anak mengambil pen dan menulis " hutang telah langsai " dan sambil tersenyum melihat ibu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan